Tips Tunggang Hacking

Tips berikutnya adalah hasil perkongsian daripada rider Zulidia Kamaruddin

Zulidia-Kamaruddin
Zulidia-Kamaruddin

Untuk rider baru dan ingatan diri saya.

Tips pengalaman tidak formal apabila Ride kuda ex-race yang kita tidak pernah Ride / Tunggang @hacking dalam keadaan kuda sukar dikawal.

Disiplinkan diri:

Note: Tanya stable kuda itu ex-race atau ex-show jumping atau ex-polo.

  1. Harus beringat ex-race “kebanyakan” mempunyai kekuatan yang tinggi. Lebih sesuai penunggang lelaki dan perempuan yang bertenaga. Ex-race juga berupaya menukar kelajuan ke tahap maksimum tanpa batasan.
  2. Boleh dikawal untuk berhenti dengan gerakan reins secara zig zag @ gergaji. Pastikan badan disandar ke belakang. Heels down. Jangan tarik rein secara terusan. Harus tarik dan lepas secara berulang kali.
  3. Bersuara supaya rider lain boleh dengar kita sedang dalam masalah.
  4. Jika ada rider lain di depan, minta mereka perlahankan kuda mereka ke tahap paling perlahan kerana kuda bersifat mengikut kuda lain.
  5. Jika kuda kita di luar kawalan dan memintas kuda lain, alihkan pergerakan kuda ke kiri atau ke kanan asalkan bukan terus kehadapan.
  6. Jika di luar kawalan, dan and nampak bukit, arahkan ke atas bukit kerana kuda bersifat laju mendaki bukit tetapi auto berhenti di puncak bukit.
  7. Jika di tepi pantai, kuda yang di luar kawalan, arahkan kuda ke laut dan bukan memandang ke hadapan, mereka tidak akan bisa lari di dalam laut.
  8. Samada kuda ex-race anda baik atau perlahan, pastikan genggaman jadi pada rein dalam keadaan berjaga2. Jangan alpa. Di kebanyakan waktu rider jatuh waktu kuda sedang perlahan tetapi menukar pergerakan secara tiba2 dan rider dalam keadaan alpa Dan terlalu santai.
  9. Biasakan tanya sifat kuda yang anda naiki dari stable dan dari rider yang pernah tunggang kuda tersebut. Terutama apa yang kuda itu tidak suka. Elak lakukan perkara yang kuda itu tidak sukai.
  10. Tanyakan cara terbaik pengendalian kuda tersebut. Ingat sifat kuda berbeza beza. Ada kuda tidak boleh bawa whip. Ada kuda tidak boleh rein panjang atau rein terlalu pendek. Ada kuda pergerakannya ranggi. Ada kuda laju bila balik. Ada kuda persekitaran. Semua ini amat penting untuk diketahui.
  11. Berterus terang pada stable tahap riding kita, kelebihan kita dan kekurangan kita. Pihak stable selalunya akan memberi kuda yang sama dengan keupayaan kita.
  12. Ex-Race bila di trail bersifat jiwa bebas. Kita sebagai rider baik untuk merendah diri, jangan mencabar kuda. Harus ingat sebaik mana pun kuda, mereka tetap haiwan apatah lagi tenaga kuda jauh lebih kuat dari kita.

Admin rasa amat berbangga dan berterima kasih kepada rider Zulidia Kamaruddin kerana sudi mengambil masa untuk menulis tips-tips di atas.